MyCyberGenius Training of Trainers : PEDi Cluster Heads
22 Disember 2022 | Aktiviti Terkini21 Disember 2022, Rabu – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC telah menganjurkan Siri Latihan Kejurulatihan Sistem MyCyberGenius. Kursus ini diadakan selama 2 hari bermula 21 Disember sehingga 22 Disember 2022. Kursus ini diadakan di Eastin Hotel, Pulau Pinang. Kursus ini melibatkan staff PEDi yang menjadi ketua kluster bagi Putrajaya, Perak, Kedah, KL Utara dan Perlis.
Tujuan Siri Latihan Kejurulatihan Sistem MyCyberGenius ini diadakan adalah untuk melatih Ketua Kluster bagi setiap negeri yang terlibat mengenai peranan penting PEDi dalam memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai keselamatan Internet melalui program Klik Dengan Bijak (KDB). Selain itu, kursus ini juga bagi memperkenalkan platform permainan kuiz secara atas talian terbaharu yang dimajukan oleh MCMC iaitu MyCyberGenius.
Platform ini telah dibangunkan untuk mencapai matlamat yang berikut:
1. Meningkatkan kecekapan proses pengumpulan data dan pemantauan Mengukur impak pelaksanaan program KDB di lapangan dan menilai keberkesanannya melalui kuiz.
2. Menambah baik pemantauan pelaksanaan program di pejabat negeri MCMC dan PEDi.
3. Mendapatkan maklumat mengenai tahap kefahaman para peserta ceramah KDB terhadap mesej advokasi.
4. Membina pangkalan data advokasi berpusat.
Sesi latihan ini juga akan menerapkan pemahaman berkenaan penggunaan sistem, cara komunikasi yang efektif, dan hasil yang diharapkan bagi penggunaan sistem ini. Untuk Bengkel Siri Latihan Kejurulatihan Sistem MyCyberGenius hari pertama, ia dikendalikan oleh Puan Saidatul Ashikin Abu Hassan dari Community Programme Department, MCMC HQ. Kursus dimulakan dengan Pengenalan Sistem MyCyberGenius, Peranan Moderator Sistem, Klinik MyCyberGenius, Penerangan Modul Klik Dengan Bijak, dan Jamboard Google untuk brainstorming isu keselamatan Internet. Pada hari kedua, kursus disambung dengan Encik Mohd Zakri Raihan atau lebih dikenali sebagai Coach Zack FM bertajuk: Membina Keyakinan Diri Dalam Khayalak Ramai. Fokus utama ini adalah untuk membina komunikasi yang efektif khusus kepada staff PEDi dalam menyampaikan program Klik Dengan Bijak kepada komuniti setempat. Selain itu, turut diadakan perbincangan secara berkumpulan mengenai kemajuan perlaksanaan program KDB dalam komuniti setempat.
Kursus ini diakhiri dengan sesi bergambar Bersama Encik Mohd Zakri Raihan dan semua staff pengurusan MCMC dan PEDi. Semua peserta yang terlibat balik ke rumah pada hari berikutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: