Kelas Asas Komputer bersama Tabika Kemas Kaktus 1&4

5 November 2022 | Aktiviti Terkini

04 November 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 1 dan 4. Seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 1 sesi bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya.

Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengenali ABC sambil bermain dalam aktiviti (Keyboarding Zoo) melatih pelajar tabika menggunakan papan kunci sambil mengenal ABC di laman web www.abcya.com dan menggunakan Microsoft Word untuk menaip perkataan yang diberi menggunakan papan kekunci. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video A Ram Sam Sam

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas