Latihan Pemantapan STEM/IOT – Rumah Hijau dan Hujan Asid
27 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2023 (Ahad) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan pemantapan STEM/IOT untuk ahli PEDi yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki. Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Petugas daripada PEDi Presint 9 Fasa 3, Puan Sarah turut hadir membantu dalam pemilihan topik pembelajaran pada kali ini.
Pada permulaan sesi, Petugas PEDi membuka tayangan video Memahami Kesan Rumah Hijau dan memahami Hukum Asid untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar. Bagi aktiviti seterusnya, petugas mengadakan latihan kuiz kahoot bertemakan subjek sains - Pencemaran dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar serta Cuaca Dan Iklim Di Malaysia. Pelajar dapat melihat kedudukan markah mereka berdasarkan ketepatan jawapan pilihan mereka setelah semua soalan berjaya dijawab .
Kemudian, pelajar diminta untuk membuat tugasan ringkas iaitu membina struktur proses kejadian hujan asid menggunakan power point. Pelajar diberi masa yang mencukupi dan perlu melengkapkan tugasan tersebut secara invidual. Pelajar perlu mencari gambar yang bersesuaian di google images seterusnya memuatkan naik gambar tersebut. Diakhir sesi, petugas memberi penilaian dan komen untuk memastikan pelajar mendapat manfaat daripada kelas pada hari ini .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: