Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara – Shopee Shop

12 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2023 (Jumaat) – PEDi Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran untuk modul ke-2, Latihan Keusahawanan bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 2/2023. Pada sesi pembelajaran kali ini, pelajar diberi pendedahan kepada penggunaan Shopee Shop sebagai salah satu cara untuk membina perniagaan secara mudah dan percuma. Petugas PEDi Presint 16, Puan Nur Dahiyah memulakan sesi pembelajaran dengan memberi penerangan mengenai platform Shopee yang kini menjadi salah satu platform yang sering digunakan dan mudah dipelajari bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan secara atas talian.

Puan Nur Dahiyah menerangkan kelebihan menggunakan platform Shoppe berbanding platfom yang lain. Pelajar yang hadir berpeluang mempelajari cara-cara membuka Shopee Shop secara praktikal dan petugas membantu pelajar Giatmara Putrajaya untuk menghasilkan kedai Shopee mereka secara individual untuk memudahkan proses pembelajaran. Pelajar diajar cara untuk membuka akaun, memuatnaik gambar dan maklumat produk, proses penghantaran barang dan sebagainya.Tenaga pengajar juga berkongsi tips yang boleh digunakan oleh peniaga baru untuk berjaya di platform Shopee.

Program ini diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 16 yang dihadiri oleh 10 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Modul ini dikendalikan oleh Puan Nur Dahiyah, Penolong Pengurus PEDi Presint 16 dan dibantu oleh Rakan Digital PEDi Presint 16, Petugas PEDi Presint 18, PEDi Presint 9 Fasa 10 dan PEDi Presint 9 Fasa 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas