Latihan Pemantapan STEM – Kincir Angin & Latihan Pemantapan IoT - Aplikasi Scratch
9 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 8 Oktober 2023 (Ahad) – Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Presint 9 Fasa 10 dan Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan kelas STEM yang melibatkan 8 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan.Latihan ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 3.00 p.m sehingga 4.00 p.m bertempat di Bilik Latihan PEDI Presint 9 Fasa 10. Sebelum memulakan latihan STEM ,peserta diberikan kuiz online menggunakan website kahoot untuk menguji minda mereka.Soalan yang diberikan adalah subjek Bahasa Melayu dan peserta harus menjawab jawapan di komputer masing-masing. Peserta yang menjawab soalan dengan tepat menerima markah dan jumlah markah akan dipaparkan sebaik peserta menjawab kesemua soalan.
Bagi aktiviti kedua, petugas PEDi telah mengadakan aktiviti STEM dimana peserta perlu menghasilkan kincir angin kertas menggunakan bahan seperti kertas berwarna, straw, gunting dan gam. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja serta demonstrasi hasil ciptaan dihadapan petugas PEDi dan rakan yang lain. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan melatih mereka untuk lebih yakin berhadapan di khalayak ramai.
Selain itu, aktiviti scratch telah berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 4.00 p.m sehingga 5.00 p.m bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Seramai 6 orang peserta lelaki telah terlibat. Petugas PEDi telah memberikan penerangan pada setiap bahagian dan fungsi di dalam aplikasi tersebut untuk memudahkan peserta memahami dan mengikuti step yang betul.
Ini bertujuan memastikan peserta berhasil membuat sticker ucapan “Happy Birthday” mengikut kreativiti masing-masing. Setiap peserta diberi masa untuk menghasilkan ucapan tersebut secara individual sambil dibantu oleh petugas PEDi. Pada sesi kedua, petugas PEDi telah mengadakan aktiviti kuiz pembelajaran secara online menggunakan applikasi kahoot bertemakan subjek Bahasa Melayu dan Agama Islam sebagai aktiviti tambahan. Di akhir kuiz, markah 3 orang peserta yang mendapat markah tertinggi akan dipaparkan di skrin utama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: