Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giatmara – Shopee Shop

17 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2024 (Jumaat) –NADi Putrajaya telah memulakan sesi pembelajaran untuk modul yang pertama yang bertajuk Shopee Shop. Fokus utama modul ini adalah cara-cara mudah untuk membuka kedai shopee dan juga tips menjadi penjual yang berjaya. Kelas diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang bertempat di Bilik Latihan NADi Presint 16 yang dihadiri oleh 15 orang pelajar dan seorang guru pengiring daripada Giatmara. Sesi kelas dimulakan dengan pelajar mendengar penerangan modul daripada wakil NADi Presint 16 iaitu Puan Nur Dahiyah yang menjadi tenaga pengajar untuk kelas ini, dibantu oleh Cik Balqis NADi Presint 16 dan turut serta wakil-wakil dari NADi Presint 18, NADi Presint 9 Fasa 10 dan juga NADi Presint 9 Fasa 3.

Shopee adalah salah satu platform perniagaan yang mudah dan percuma untuk semua orang. Bagi modul ini pelajar dapat mempelajari tentang cara-cara membuka kedai shopee sendiri secara praktikal kerana disamping penerangan berjalan pelajar turut mengikuti step-step yang diajar agar mereka dapat melihat sendiri flow tersebut.

Disamping itu, pelajar juga dapat mengetahui tips agar menjadi peniaga yang berjaya di platform shopee. Modul ini adalah bertujuan khusus untuk para pelajar Giatmara Putrajaya yang akan memulakan perniagaan setelah tamat kursus persijilan mereka pada akhir tahun 2024 nanti. Kelas telah disempurnakan dengan sesi soal jawab dan bergambar bersama-sama pelajar dan juga cikgu Giatmara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas