Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 3

13 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2024(Jumaat) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa. Kelas berlangsung selama 1 jam bermula 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi dan seramai 20 orang pelajar terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan telah menyertai kelas ini.Kelas ini turut dibantu oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Presint 9 Fasa 3 dan Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan juga seorang guru tabika KEMAS.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci serta fungsi dan kegunaanya. Setelah itu, adik-adik dikehendaki untuk menjawab kuiz matematik di Wordwall.net.(tambah & tolak sehingga 20).Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain menggunakan tetikus didalam aktiviti (Adventure Man And The Counting Quest) di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman iaitu “chicken dance”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas