Latihan Asas Microsoft Word,Word Wall & Teka Gambar
13 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniJumaat, 12 Januari 2024 – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Asas ICT , Microsoft Word & Teka gambar yang berlangsung selama 1 jam bermula 4.30petang sehingga 5.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 3 orang peserta. Mereka masing -masing berumur 7 tahun sehingga 9 tahun. Peserta juga didedahkan dengan aplikasi Wordwall dan diberikan penerangan awal daripada petugas PEDi.Seterusnya,peserta memulakan pembelajaran yang diberi tunjuk ajar daripada petugas PEDi.Mereka dikehendaki membuat quiz matematik pengiraan tambah dan tolak dengan membuat pengiraan menggunakan aplikasi “paint”.
Peserta juga mempelajari Bahasa Melayu dengan membina karangan pendek di Microsoft Word. Dengan cara ini,mereka dapat mengeluarkan idea untuk membina sesuata ayat serta dapat memperbaiki kosa kata. Akhir sekali, mereka dapat meningkatkan “soft skills” dengan bermain aktiviti teka gambar. 2 peserta harus memberi ciri-ciri gambar kepada rakannya yang tidak dapat melihat gambar di belakang.Dengan cara ini,mereka dapat mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: