Latihan STEM IOT dan ICT bersama KEMAS Kaktus 1,2 dan 4

20 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2024(Jumaat) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa. Kelas berlangsung selama 2 jam bermula 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi dan seramai 37 orang pelajar terdiri daripada 16 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan telah menyertai kelas ini. Kelas ini turut dibantu oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Presint 9 Fasa 3 dan Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan juga dua orang guru tabika KEMAS.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci serta fungsi dan kegunaanya. Kelas dimulakan dengan aktiviti belajar sambil bermain menggunakan tetikus didalam aktiviti (Number Chart) di laman web www.abcya.com. Setelah itu, adik-adik dikehendaki untuk menjawab kuiz matematik di Wordwall.net. Hari ini adik-adik berpeluang menjalankan eksperimen Sains iaitu mengenai objek tenggelam dan timbul. Setiap pelajar diberi 2 jenis barang untuk diletakkan dalam bekas air yang disediakan. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman Permata MAWIP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas