Program Pengenalan PEDi dan Advokasi Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya

27 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

26 Januari 2024 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya yang terdiri daripada PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18 telah mengadakan program khas bersama pelajar-pelajar baru Giatmara Putrajaya bagi sesi 01/2024. Program ini bertujuan untuk memberikan latihan ICT, Keusahawanan dan Advokasi kepada para pelajar baru Giatmara Putrajaya. Beberapa aktiviti dilaksanakan diantaranya ialah taklimat pengenalan PEDi dimana pelajar diberi pendedahan kepada peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti dan usahawan.

Seterusnya penerangan mengenai modul-modul yang akan dipelajari oleh setiap pelajar bersama PEDi yang akan berlangsung selama 5 bulan bermula Januari hingga Mei 2024. Bagi sesi kedua, diadakan tayangan video Klik Dengan Bijak dan Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak serta aktiviti senaman ringan serta diakhiri dengan aktiviti kuiz MyCybergenius dan Kahoot untuk menguji kefahaman pelajar mengenai topik tersebut. Program berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan sesi berakhir dengan acara penyampaian hadiah bagi aktiviti kuiz MyCybergenius serta sesi bergambar bersama pelajar Giatmara Putrajaya yang melibatkan seramai 13 orang pelajar dan 6 orang petugas PEDi Putrajaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas