Latihan Jigsaw Puzzle,Kuiz Kahoot Math & Sejarah

3 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2024 ( Sabtu ) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Jigsaw Puzzle,Kuiz Kahoot Math & Sejarah. Latihan ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 4 orang peserta iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 10 tahun.

Pada permulaan sesi, peserta perlu bermain dengan permainan di website www.jigsaw puzzle.com. Peserta perlu menyusun puzzle di komputer dan harus membentuk satu gambar menggunakan tetikus. Dengan cara ini, ia dapat meningkatkan kecekapan mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Seterusnya, peserta perlu menjawab kuiz math dan sejarah di aplikasi kahoot. Pelajar perlu memilih jawapan yang betul di skrin komputer dan membaca soalan di skrin besar hadapan yang dibuka oleh staf PEDi. Kesannya, mereka dapat belajar ilmu baharu dan mengulangkaji apa yang telah mereka belajar di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas