Kelas Mereka Poster Hari Guru dan Kuiz Kahoot Pendidikan Islam

19 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

18 Mei 2024 , Sabtu- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan kelas ICT untuk adik-adik komuniti Presint 9 Putrajaya. Kelas diadakan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 6 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini.

Kelas bermula dengan aktiviti menjawab Kuiz Kahoot Pendidikan Islam. Kuiz ini membantu adik-adik untuk lebih mahir dalam Pendidikan Islam. Kemudian, adik-adik diminta untuk membuka aplikasi Picsart di komputer masing-masing. Tujuannya adalah untuk mereka poster sempena Hari Guru. Adik-adik diberi penerangan mengenai kegunaan setiap button di aplikasi tersebut seperti cara untuk memasukkan background, sticker, tulisan dan sebagainya. Kemudian, adik-adik perlu menggunakan kreativiti untuk mereka poster Hari Guru untuk guru mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas