Kelas STEM–Menghasilkan Bakul Kertas Daripada Bahan Terpakai
9 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 08 Ogos 2024 - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 3:30 petang sehingga 5:30 petang iaitu berlangsung selama 2 jam. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta perempuan.
Kelas STEM pada kali ini para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Bakul Kertas. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki untuk menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membuat Bakul Kertas dengan menggunakan kertas terpakai, gam, gunting dan pita pelekat. Para peserta dikehendaki untuk membina satu jenis Bakul Kertas yang berlainan mengikut kreativiti masing-masing.
Semua bahan yang digunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak NADi Presint 9 Fasa 3. Di akhir sesi, semua peserta telah berjaya membina Bakul Kertas yang mampu berfungsi dengan baik serta diserapkan ilmu sains semasa proses membuat Bakul Kertas demi ketahanan Bakul Kertas.
Semoga kelas STEM kali ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu sains yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: