Tutorial Canva – Menghasilkan Peta Minda & Logo
10 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini09 Ogos 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan latihan tutorial menghasilkan peta minda dan logo secara digital kepada 3 orang budak lelaki. Latihan kali ini dilaksanakan menggunakan platform dalam talian iaitu menerusi aplikasi atau laman portal Canva. Tutorial ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menghasilkan rekaan peta minda bagi melengkapkan tugasan pelajaran di sekolah. Di samping itu, latihan ini dapat memberi pendedahan baru kepada pelajar tentang teknologi dan aplikasi terkini yang boleh diaplikasikan untuk membina kreativiti daripada penghasilan rekaan grafik seperti peta minda dan logo yang menarik. Kelas ini berlansung selama 2 jam 30 minit bermula dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah:
- Memperoleh pengetahuan baru tentang teknologi dan aplikasi digital terkini yang memfokuskan kepada rekaan grafik
- Mengasah bakat peserta untuk menjadi lebih kreatif di dalam penghasilan rekaan grafik berbentuk peta minda dan penciptaan logo profil
- Berpeluang mempelajari teknik penggunaan aplikasi Canva untuk menyunting imej dan memuat turun hasil kerja bagi peta minda dan logo digital yang telah siap dibuat
- Meningkatkan kemahiran teknologi ICT melalui penggunaan aplikasi di dalam talian
Dalam kelas ini juga, pelajar diberi taklimat ringkas mengenai NADi serta fungsinya dan memberi penekanan bahawa pentingnya pembelajaran secara digital pada Era ini dan ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak ( KDB ) yang bertajuk Buli Siber.
Kakitangan NADi Presint 9 Fasa 3 berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan semoga dengan kelas ini dapat membantu para pelajar agar lebih cemerlang dalam setiap matapelajaran serta pembelajaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: