Program Kemerdekaan Bersama Pelajar Tabika
27 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2024 (Jumaat) - NADI Presint 9 Fasa 3 dan NADI Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan satu Program Kemerdekaan khusus untuk pelajar tabika KEMAS Kaktus 1. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi melibatkan 46 orang pelajar dan 3 orang guru tadika.
Pada permulaan, petugas NADI memberi penerangan kepada pelajar mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari ini. Kemudian, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap pelajar diberikan sehelai kertas yang mengandungi gambar. Para pelajar diminta untuk mewarnakan gambar tersebut yang bertemakan Cermin Mata Saya Anak Malaysia.
Setelah selesai, pelajar diminta untuk mengunting gambar cermin mata tersebut dan memasang tali. Petugas NADI turut membantu pelajar yang kurang mahir dalam penggunaan gunting. Seterusnya diadakan sesi bergambar dan video laungan Merdeka diakhir program. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan semangat kemerdekaan dan cintaikan negara Malaysia dikalangan para pelajar disamping untuk meningkatkan kemahiran softskill mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: