Benkel Keusahawanan Intel Bersama Golongan Berpendapatan Rendah dan Ibu Tunggal
14 Febuari 2016 | Aktiviti Terkini• Sesi Ice Breaking Berpasangan
• Pengenalan PI & Klik Dengan Bijak
• Modul 1: Pengenalan Kursus Keusahawanan Intel
• Modul 2: Takrif Keusahawanan
• Modul 3: Menjana Idea Perniagaan
• Modul 4: Mengenal pasti Peluang Perniagaan
• Modul 5: Menentukan Pelan Perniagaan
• 8 orang peserta
Tajuk
Benkel Keusahawanan Intel Bersama Golongan Berpendapatan Rendah dan Ibu Tunggal
Aktiviti
• Sesi Ice Breaking Berpasangan
• Pengenalan PI & Klik Dengan Bijak
• Modul 1: Pengenalan Kursus Keusahawanan Intel
• Modul 2: Takrif Keusahawanan
• Modul 3: Menjana Idea Perniagaan
• Modul 4: Mengenal pasti Peluang Perniagaan
• Modul 5: Menentukan Pelan Perniagaan
Kehadiran
• 8 orang peserta
Faridah M. Noor
Aida Sufi M. Nasher
Juliana Eliza
Siti Zaharah Ishak
Halijah Omar
Nurkarmila Aqilah Mohd Fadhli
Salmah Ismail
Nor Syahirah Safri
Program Asas Komputer Bersama Ibu Tunggal
Pada 13 Febuari 2016, Pusat Internet membuka tirai bulan Febuari tahun ini dengan Bengkel Keusahawanan Intel Bersama Golongan Berpendapatan Rendah Serta Ibu Tunggal. Program ini merupakan program anjuran Pusat Internet Presint 9 Fasa 3, Putrajaya dan peserta yang terpilih adalah daripada golongan berpendapatan rendah serta ibu tunggal Selangor. Mereka merupakan peserta lanjutan daripada Program Bina Insan Ibu Tunggal Selangor.Tujuan Bengkel Keusahawanan Intel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan berpendapatan rendah serta ibu tunggal mengenai asas keusahawanan. Hal ini kerana, rata-rata diantara mereka mempunyai perniagaan dan menunjukkan minat untuk mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, diharapkan bengkel ini dapat memberi ilmu yang berguna serta panduan dan praktikal kepada mereka untuk menjalankan perniagaan. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan Pusat Internet kepada komuniti setempat seluruh Malaysia serta pendedahan tips Klik Dengan Bijak iaitu salah satu program berteraskan keselamatan semasa melayari Internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC. Aktiviti untuk bengkel ini dimulakan dengan Pendaftaran serta sarapan pagi. Diikuti Sesi Ice Breaking Berpasangan dan seterusnya pembelajaran Keusahawanan Intel secara teori dan praktikal. Antara modul yang telah dipelajari adalah seperti Modul 1: Pengenalan Kursus Keusahawanan Intel, Modul 2: Takrif Keusahawanan, Modul 3: Menjana Idea Perniagaan, Modul 4: Mengenal pasti Peluang Perniagaan, dan Modul 5: Menentukan Pelan Perniagaan Rata-rata peserta mempunyai perniagaan yang telah dijalankan secara kecil-kecilan. Oleh itu, dengan menghadiri Bengkel Keusahawanan Intel ini mereka dapat mempelajari asas keusahawanan seperti cara untuk menjana idea perniagaan dalam komuniti setempat, mengenalpasti peluang perniagaan dalam komuniti serta menentukan pelan perniagaan mereka sendiri. Mereka juga telah dipraktikkan dengan cara membuat plan untuk menjana idea perniagaan, membuat Rancangan Perniagaan, serta pelbagai lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: