Kelas Numbering (ABCYA.COM) Bersama Tabika Kemas Kaktus 2
25 Jun 2016 | Aktiviti TerkiniPada 24 Jun 2016, hari Jumaat bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3, diadakan kelas Numbering 1-20 bersama Tabika Kemas Kaktus 2 dengan menggunakan laman web ABCYA.COM. Kelas bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kanak-kanak tabika turut didedahkan untuk mengenali asas komputer seperti penggunaan tetikus, papan kekunci dan smart board untuk melakukan aktiviti.
Kelas Numbering bersama Tabika Kemas Kaktus 2 merupakan kelas yang berkesinambungan dari kelas yang telah dilakukan sebelum ini. Kanak-kanak dilihat seronok belajar dengan menggunakan komputer dan grafik-grafik yang ditunjukkan di dalam ABCYA.CoM dapat menarik minat kanak-kanak tabika untuk melakukan aktiviti dan permainan yang dapat menguji minda sesuai dengan umur mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: