School Break Fun Days Program Mac 2015
11 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPada 8, 9, dan 10 Jun 2015, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan program cuti sekolah yang diberi nama School Break Fun Days Program Jun 2015. Program cuti sekolah ini diadakan selama 3 hari semasa cuti sekolah. Ia berlangsung dari pukul 10:00 pagi sehingga 3:30 petang selama 3 hari. Program ini telah menarik minat seramai 51 orang peserta lelaki serta 6 orang peserta perempuan daripada komuniti setempat. Tujuan program cuti sekolah ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak komuniti setempat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dengan komuniti setempat. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat komuniti setempat untuk berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia. Dengan adanya program cuti sekolah ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia dengan masyarakat setempat.
School Break Fun Days Program diadakan selama 3 hari. Pada hari pertama, aktiviti yang dijalankan ialah Program Klik Dengan Bijak, Rantai Nama, Siapa Saya? Talian Persahabatan dan Chicken Dance. Pada hari kedua pula, Tayangan Video Klik Dengan Bijak, Puzzle Mania ICT dan Straw Mania. Pada hari terakhir pula, aktiviti Telefon Rosak, Kotak Beracun dan Banana. Program Klik Dengan Bijak dikhususkan untuk para peserta bagi mencegah mereka daripada melakukan sebarang kesalahan dalam dunia cyber seperti oversharing, menyebarkan maklumat palsu, scam dan sebagainya. Program School Break Fun Days ini di akhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian hadiah kepada perserta yang berjaya dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang melibatkan diri dalam School Break Fun Days Program sesi Jun 2015.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: