Kelas Keusahawanan : Simplified Facebook Marketing & Instagram Marketing
8 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2015, kelas keusahawan telah dijalankan di bilik latihan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Kelas ini berlangsung selama sehari bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.Kelas keusahawan kali ini telah diserta oleh 3 orang peserta yang juga merupakan pengurus dan penolong pengurus PI Presint 9 Fasa 3. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memahirkan peserta dengan pemasaran di media sosial seperti Facebook dan Instagram, dimana kedua-dua aplikasi ini sering digunakan oleh usahawan masa kini dalam mendekati golongan bakal pembeli. Kelas ini menekan 'layout' yang sepatutnya bagi usahawan di facebook, disamping mengetahui keadah untuk mendapatkan maklumat bakal pengguna yang sangat berguna untuk mempromosikan produk mereka kelas. Kelas ini juga memberikan tips-tips perniagaan 'online' dan 'offline' yang membantu meningkatkan pasaran produk sekali gus menonjolkan produk ke mata pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: