Kelas Keusahawanan Intel & Kelas Dekorasi Kek Cawan
1 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah bergabung dengan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10 bagi menjayakan Kelas Keusahawanan Intel & Kelas Dekorasi Kek Cawan.Kelas Keusahawanan ini dianjurkan untuk komuniti setempat di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3. Kelas Keusahawanan ini telah diadakan pada hari Sabtu, 28 Febuari 2015, jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang di Bilik Latihan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Seramai 10 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut. Sasaran Kelas Keusahawanan ini lebih kepada golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas.
Tujuan Kelas Keusahawanan Intel &Kelas Dekorasi Kek Cawan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai asas keusahawanan dengan menggunakan modul yang disediakan oleh Intel. Selain itu, diselitkan juga Program “Klik Dengan Bijak” mengenai Penggunaan Internet. Kelas Keusahawanan dimulakan dengan sesi Ice Breaking bagi mendekati para peserta dengan lebih mendalam lagi.Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara pihak pengurusan PI Presint 9 Fasa 3 & Fasa 10 dengan komuniti setempat. Disamping itu, ia juga dapat menggalakkan penglibatan komuniti terutamanya golongan wanita bagi menceburi bidang perniagaan. Selain daripada itu, kelas ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan lebih mendalam tentang kaitan diantara teknologi dan keusahawanan kepada golongan wanita. Matlamat Kelas Keusahawanan Intel & Kelas Dekorasi Kek Cawan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat dan keusahawanan kepada golongan wanita. Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minatgolongan wanita untuk menjalankan perniagaan sendiri dan mereka juga diberikan peluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain. Objektif utama Kelas Keusahawanan Intel & Kelas Dekorasi Kek Cawan ini adalah untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang keusahawanan dan dalam masa yang sama dapat mempraktikkan ilmu keusahawanan tersebut untuk masa hadapan.
Aktiviti pada hari tersebut dimulakan dengan sesi pengenalan daripada pihak pengurusan PI Presint 9 Fasa 3 dan PI Presint 9 Fasa 10. Kemudian diikuti dengan sesi pengenalan oleh para peserta. Modul Intel pada hari berkenaan terbahagi kepada 5 modul iaitu Modul 1(Pengenalan), Modul 2(Asas Keusahawanan), Modul 3(Menjana Idea Perniagaan), Modul 4(Pemasaran Risalah), dan akhir sekali Modul 5(Penjenamaan/membuat Kad perniagaan). Setelah selesainya kelima-lima modul berkenaan, kelas diteruskan dengan tayangan video mengenai asas membuat bunga dengan menggunakan buttercream. Kemudian para peserta diberi kebebasan untuk melayari internet bagi menjana idea untuk dekorasi kek cawan mereka. Peserta hanya diberi masa selama 1 jam untuk melengkapkan aktiviti dekorasi kek cawan masing-masing. Hanya 3 peserta yang terbaik dipilih sebagai pemenang. Kriteria yang dipilih ialah peserta boleh membentuk bunga dengan menggunakan buttercreamdi atas kek cawan serta kemas daripada segi penyampaian.
Kelas Keusahawanan Intel & Kelas Dekorasi Kek Cawan ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: