Bengkel Keusahawanan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3.
23 November 2014 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Presint 9 Fasa 3 buat kali pertama telah menganjurkan Bengkel Keusahawanan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 untuk komuniti setempat di Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Bengkel Keusahawanan ini telah diadakan pada hari Sabtu, 22 November 2014, jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang di Bilik Latihan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Seramai 12 orang peserta telah mendaftar pada hari tersebut. Sasaran Bengkel Keusahawanan ini lebih kepada komuniti setempat yang berumur 18 tahun ke atas.
Tujuan Bengkel Keusahawanan ini diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjalankan perniagaan mereka sendiri. Selain daripada itu, bengkel ini juga dapat memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan lebih mendalam tentang kaitan diantara teknologi dan keusahawanan kepada komuniti setempat. Matlamat bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan tentang teknologi maklumat dan keusahawanan kepada komuniti setempat. Dalam masa yang sama juga, dapat menarik minat komuniti setempat untuk menjalankan perniagaan sendiri dan mereka juga diberikan peluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan diantara satu sama lain. Objektif utama Bengkel Keusahawanan ini adalah untuk menggalakkan komuniti setempat menceburi bidang keusahawanan dan dalam masa yang sama dapat mempraktikkan ilmu keusahawanan tersebut untuk masa hadapan.
Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah pengenalan tentang keusahawanan, pengenalan kepada Microsoft Word Processing dan juga Microsoft Power Point. Sesi perkongsian ilmu ini lebih kepada pengenalan kepada peserta cara untuk membuat kad jemputan, risalah, kad perniagaan, kain rentang, pembentangan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk membangunkan perniagaan mereka akan datang. Dalam masa yang sama juga, ini dapat memberikan mereka lebih pengetahuan tentang kegunaan teknologi untuk keusahawanan. Selain itu juga, aktiviti individu juga disediakan bagi memberikan peserta peluang untuk melaksanakan secara praktikal dan hendaklah dibentangkan secara individu. Secara tidak langsung peserta dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
>