Beauty Workshop "Skincare & Basic Makeup"
8 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mei 2016 Sabtu bertempat di Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah diadakan Beauty Workshop "Skincare & Basic Makeup" khusus untuk wanita sempena menyambut Hari Ibu pada tahun ini. Tujuan Beauty Workshop ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai fungsi Pusat Internet kepada komuniti setempat. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan beberapa tips-tips Klik Dengan Bijak dan Intel Entrepreneurship. Peserta juga berkesempatan untuk mengetahui kursus-kursus yang dijalankan di PI.
Bagi memeriahkan lagi Beauty Workshop ini, Pusat Internet telah menjemput perunding kecantikkan yang terdiri daripada Puan Nora, Puan Ieta, Puan Nurul dan Puan Nani dari Mary Kay. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian tips-tips penjagaan wajah dalam kehidupan seharian. Selain itu, peserta juga berkesempatan untuk mempelajari asas solekan bersama perunding kecantikan.
Peserta juga berpeluang untuk meneroka peluang perniagaan bersama Mary kay. Beauty Workshop ini diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta, sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pihak Mary Kay serta sesi bergambar kenang-kenangan bersama perunding kecantikan dan para peserta yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: