Bengkel Keusahawanan Intel Fasa 2
24 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2016 Sabtu, Bengkel Keusahawanan Intel Fasa 2 telah dijalankan bertempat di Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Bengkel ini dikhususkan kepada golongan ibu tunggal dan berpendapatan rendah.
Program ini juga merupakan sambungan program sebelumnya. Peserta yang terpilih telah mengikuti 5 modul Intel pada hari berkenaan. Antara modul Intel yang diajarkan adalah modul 6: Pertimbangan Apabila Memulakan Perniagaan, modul 7: Menetapkan Harga, modul 8: Komunikasi dan Kemahiran Perundingan, modul 9: Penentuan Operasi Perniagaan dan modul 10: Pemasaran.
Bengkel ini juga disertai oleh seorang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), En. Mahfuz.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: