Majlis Perasmian & Penyerahan Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera (Best 2016)
18 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2016, Pusat Internet Putrajaya telah dijemput utk hadir ke Majis Perasmian & Penyerahan Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera (Best 2016). Majlis ini berlangsung pada jam 2.00 petang hingga 7.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi bantuan persekolahan kepada wakil setiap daerah di Malaysia. Bantuan untuk 1 daerah terdiri daripada 100 beg sekolah, 100 bekas pensil dan 100 botol air. Pelajar yang terpilih telah disenaraikan mengikut sekolah dan daerah.
Dianggarkan lebih 300 orang telah menghadiri program ini. Mereka terdiri daripada wakil untk 100 orang pelajar yang terpilih dalam setiap daerah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau sempat memberi sepatah dua kata mengenai tujuan program ini diadakan. Ianya bagi meringankan beban keluarga untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Dengan bantuan ini, diharapkan ia sedikit sebanyak meringankan beban dan meningkatkan motivasi para pelajar berkenaan.
Pengurus Pusat Internet pula terlibat secara tidak langsung bagi menyumbang tenaga bagi melancarkan majlis ini. Selain itu, staff pengurusan PI turut mengedarkan risalah mengenai fungsi PI dan tips-tips Klik Dengan Bijak bagi memberi kesedaran kepada warga celik IT untuk lebih berhati-hati semasa melayari internet pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: